

)








Dunia semakin tua manusia sering bersengketa
Kebesaran Allah dilupa, keegoaan jadi pegangan
Kemusnahan di depan mata
Tangisan menagih simpati
Bala menimpa untuk diinsafi, kerna iman sering diuji
Apa erti kedamaian kalau jiwa penuh kehitaman
Apa erti kedamaian jika perasaan benci berpanjangan
Apa perlu kedamaian jika sukar lemparkan senyuman
Apa dimohon kedamaian perintah Allah kita abaikan
Apa perlu kedamaian jika sukar lempar senyuman
Apa dimohon kedamaian perintah Allah kita abaikan
Apa dimohon kedamaian perintah Allah kita abaikan



Imbas kembali catatan lama...



Tatkala menatap skrin yang memaparkan butir-butir perkataan ini, tidak tahulah hendak diterjemahkan bagaimana alur perasaan ini... Yang pasti, hati ini seolah-olah baru disiram embun pagi yang menyegarkan kelopak-kelopak bunga yang mewangi di taman hati... Cukup indah..cukup bahagia...
Namun sayang..ia hanya satu ilusi... Ibarat bermimpi di siang hari... Realitinya adalah......

Ya..rupa-rupanya realitinya tidak seindah mimpi.... Akhirnya ke Johor juga aku tercampak... Johor.. tidak pernah bermimpi untuk aku ke sana... Tidak timbul sebarang tarikan setiap kali mendengar namanya disebut.. Entah... Apapun itulah takdirnya... Syukurlah... Sekurang-kurangnya aku tidak tercampak jauh hingga ke Sabah atau Sarawak... Argghh... ngerii!! Sekiranya yang terpapar di skrin ini SARAWAK atau SABAH... mungkin gelap matalah aku jadinya.... Apa yang dingerikan? Tidak ada apa-apa... cuma aku terasa cukup penat untuk berkelana jauh-jauh...
Apapun, Piz, takdirnya adalah di SARAWAK akhirnya. Member-memberku yang cemerlang resultnya pun ramai dicampak ke Sabah dan Sarawak... Aku yang hanya mendapat taraf kepujian ini, nampaknya terselamat.... Sebetulnya aku jauh hati dengan pensyarahku kerana gara-gara praktikumku hanya diberinya B-, aku antara yang gagal mendapat cemerlang sedangkan 70% pelajar KPLI maktab itu mendapat cemerlang.... Nampak sangat usahaku tak dihargai.... Takpe..takpe... aku memang berdendam dengan beliau... Aku dah tekadkan dalam hati.... Suatu hari nanti akan kubuktikan aku mampu menjadi guru CEMERLANG!!! Tunggulah kemunculanku sebagai GREAT TEACHER MUJADDEEDA!!!!
Hmmm..mungkin besar hikmah yang menantiku di Johor... Tunggulah kedatanganku wahai anak-anak Johor. Nantikan kedatanganku... Semoga akulah antara agen perubah yang berjaya mengubah jati diri anak-anak muridku di sana menjadi model-model ummah yang soleh.... Tunggulah....................!!! Johor....moga di sana lahirnya sebuah cinta....
Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
Warisan (Sudirman)

"Selepas Isya' tadi... maka terlafazlah kalimah keramat itu... Dengan sekali lafaz...maka, terjejaklah kakiku ke fasa baru dalam hidupku.... Alangkah... ia berlalu begitu pantas seperti sekelip mata... Itulah dia ketentuan.. serta qadha' dan qadar-Nya... Sebagai manusia, aku hanya merancang....
Perasaan pada detik ini... tidak dapatku gambarkan.... Antara debar, ria, haru, bimbang... bercampur-baur dalam menggalas amanah yang besar ini....
Ya Allah... Mohon dipermudahkan segalanya... Moga liku-liku yang akan kulalui di lorong baru ini akan memberi perubahan besar dalam hidupku. Semoga ia menjadi wasilah untuk aku merobah hidupku dalam mencapai redha Mu..."
"Aku" di dalam monolog di atas adalah merujuk kepada Neil Pascanen (my bro) yang baru sahaja melalui saat melafazkan akad nikah selepas Isya'tadi. Cuma aku seorang sahaja yang tidak berkesempatan untuk pulang menyaksikan saat-saat itu. Kesian kat aku...Hu!Hu! Gara-gara kursus induksi ni la... Kroni-kroni aku semua dah berkumpul kat kampung... Berjam-jam duk tercatuk depan laptop semata-mata tunggu depa ni send gamba nikah Neil Pascanen.
Psstt...Amecam? Menjadi tak taktik aku buat gempak? He..he...
Sorry aaa... Gambar tak berapa lawa, sebab bukan aku yang tukang snap... Apalah kroni-kroni aku ni.. Ambik gambar di saat penting camni pun tak pro... Ni yang aku geram nak beli Sony Alpha ni…
Apapun... macam ada rasa lain yang tercuit bila seorang demi seorang kroni-kroniku pergi meneruskan langkah mendaki fasa-fasa kehidupan yang seterusnya. Terasa cepatnya masa berlalu... Pergghh... Jiwang la pulak..
Hari ini sudah masuk minggu ke dua aku mengikuti kursus induksi. Minggu depan adalah minggu terakhir, kemudian exam, kemudian cuti.Titik! Insya Allah… moga-moga itu adalah waktu-waktu yang terakhir yang akan menoktahkan kehadiran aku di sini… Hmm.. Tak sabar rasanya mahu meninggalkan tempat ini… Tempat yang saban hari menimbulkam kekelaman di jiwa… Makin hari, aku makin serabut berada di sini. Ya… terpaksa berurusan dengan manusia yang semakin menonjolkan 'true colournya'… Manusia yang pada awalnya pernah aku anggapnya sebagai teman seperjuangan.. yang pernah berkongsi rasa… Teman yang saban hari, ingin kujadikan sahabat.. walau mungkin selepas ini persahabatan ini akan dipisahkan oleh ruang masa. Namun, bila warna sebenarnya semakin terserlah… manusia seperti dialah yang mula-mula sekali aku minta supaya dijauhkan.. Dijauhkan dari mempunyai kawan sepertinya… Dijauhkan dari mempunyai sebarang ikatan dengan manusia yang mempunyai ciri-ciri sepertinya… Kerana, selagi aku berurusan dengannya, mungkin semakin banyak dosa yang aku tanggung… Dosa prasangka… Dosa sakit hati.. Dosa menyampah.. tidak ikhlas….
Entahlah… semakin aku memandang dirinya..entah mengapa seperti ada riak hasad dari lirikan ekor matanya.. dan seperti ada ketidakpuasan hati yang melampau setiap kali dia menjawab sapaan dariku… Entah apa yang hendak didengki dengan manusia serba kekurangan seperti aku… Manusia miskin lagi huduh serta lemah… Entah apa yang hendak dicemburui dengan kekurangan ini…
Bagiku, dia hanyalah seorang opportunist! Ciri-ciri yang ada padanya cukup meyakinkan aku… kerana aku pernah bertemu dengan orang sebegini. Malah sudah lali. Sebab itu, aku mula menjarakkan diri darinya. Jangan terlampau rapat, jangan terlalu percaya, jangan mudah menabur simpati. Kelak aku yang akan menggigit jari. Pengalaman yang mengingatkan aku…
Inilah dunia hari ini.. Manusia introvert sepertiku akan sering menjadi makanan orang yang bijak dan opportunist sepertinya. Mungkin dia merasakan yang diamku adalah kerana aku sangat menyanjung ‘kebijaksanaannya’ berkata-kata, menyebabkan dia merasa seperti mendapat lesen untuk mendabik dada, memperlekeh, memperguna… Padahal… diamku hanyalah kerana kasihan melihat manusia malang dan naïf sepertinya.. yang baru bertemu dunia luar… Atau dengan kata-kata yang lebih tepat dan bombastic… kerana perangainya yang macam taik!! (Minta maaf! Aku tidak pernah membiarkan tangan ini untuk mengotori ruang catatan ini dengan kata-kata seperti ini. Tapi, malangnya…kesabaranku pada saat ini sudah sampai ke klimaks.. Dan hanya di sini sahaja yang mampu aku luahkan rasa sakit dan pedih yang sedang mencarik-carik jiwa rasa ini…)
Inilah yang orang sering-sering sebutkan... penyakit PHD… Orang yang berpenyakit PHD ini memang tidak akan senang melihat orang yang berpotensi mempunyai kelebihan darinya untuk hidup senang. Si penyakit PHD ini akan sentiasa cuba untuk menyusahkan hidup orang lain yang tidak digemarinya… Inilah bahayanya hati, jika tidak dijaga sebaiknya.. Dari cemburu timbul prasangka. Dari prasangka timbul hasad.. Dari hasad timbullah kebencian… Dan kebencian itulah yang akan memandu manusia untuk menjalankan perintah-perintah si iblis untuk menyakiti saudara seagamanya….
Menyedihkan.. kerana dia bakal menggalas tugas sebagai seorang pendidik… Tapi di hatinya masih belum wujud jiwa seorang pendidik.. Masih bersisa nilai kedunguan dan kejakunan.. Maaf… Kalau engkau tersilap masuk ke blog ini, mungkin kata-kata ini akan memberi kesan kepada engkau sampai beberapa keturunan. Jadi, aku berdoa semoga engkau tidak terbabas masuk ke sini!
Semakin hari aku semakin risau… kerana selepas ini aku akan berdepan dengan dunia realiti..ditempatkan untuk mengajar di tempat yang masih menjadi rahsia.. Lalu, sudah pasti aku memerlukan teman-teman seperjuangan sepanjang permusafiran aku di sana. Aku berharap sangat agar aku tidak akan berjumpa lagi dengan manusia berpenyakit PHD sepertinya. Manusia yang mencedera parahkan perasaan, manusia yang bisa mematikan cita-cita dan impian, manusia yang sering membunuh semangat untuk terus berjuang..
Ya Allah…minta dijauhkan orang seperti ini dari hadir menjadi penghalang di lorong perjuangan ini… Dan Kau kurniakanlah para sahabiah yang solehah, yang mampu untuk ikhlas memimpin tanganku meniti hari-hari depan yang tidak terbayang bagaimana ranjau dan likunya… Sudah lama ya Allah.. aku merindui kehadiran para sahabiah yang mulia hatinya, yang menjadi wasilah untuk aku segera merapatkan diri pada Mu…

Ya Allah… bersaksikan titis-titis air mata pengharapan ini, Kau makbulkanlah permintaan ini....

Di luar sana, bumi telah basah lencun di timpa hujan yang lebat... disertai guruh yang berdegar-degar.. Kuat sekali guruh di luar sana...
Mata makin mengantuk pula dengan cuaca sejuk sebegini... Sedang hinggap dari blog ke blog untuk menghilangkan rasa mengantuk.. Hurmmm... Kalau study pun, macam kena ulit je... Last-last terbongkang jugak...
Hari ini, paper ke dua sudah settle.. Dan esok adalah hari terakhir untuk paper terakhir... Dan lepas tu pula... belum boleh enjoy lagi. Terpaksa menghadiri kem yang khas untuk di'brain wash' selama seminggu... Huh!
Semalam pun kami satu rumah telah melaksanakan 'study maut' berjemaah walaupun macam dah muak... terlampau muak untuk memandang buku... Muak sangat-sangat ni... Tapi, malam ni terpaksa study maut juga.. Alang-alang untuk yang terakhir....
Tengah hari tadi, sebaik sahaja selesai exam, aku terlajak ke warung makan kerana menumpang kereta member kepada housemateku... Sebenarnya dah lama selera untuk membeli makanan di warung terpadam. Aku rela masak lauk 'bodo-bodo' aku daripada makan kat luar sekarang. Entahlah.. Tekak aku dah tak boleh terima.. Rasa kembang semacam. Tapi, hari ni terpaksa pula.. sekadar meraikan kawan... Maklumlah, baru habis exam...
Masuk sahaja ke warung itu, aku terperasan akan kelibat manusia-manusia yang agak familiar.. Ya.. macam pernah kulihat.. Langsung sahaja aku teruja untuk menegur dua orang hamba Allah ni.. Tapi, yang peliknya wajah mereka berdua menampakkan kecuakan sebaik sahaja ditegur... Yang seorang lagi diam membisu, macam orang ada masalah. Yang seorang lagi menjawab sepatah dua dengan muka yang cuak... Entahlah.. Pelik juga aku.. Tegur salah,tak tegur pun salah... Budak berdua tu sebetulnya rakan sepraktikum semasa di B'fld.. Tiga bulan jadi 'rakan seperjuangan', sebab tu aku agak teruja bila tersua dengan mereka...
Hurmm.. Patutlah diorang cuak semacam.. Baru aku perasan.. sebetulnya sepanjang aku kenal diorang ni, sebenarnya hari ni baru aku tegur mereka dengan muka yang macam ceria... Ooo.. betullah! memang aku tak pernah tegur pun, kecuali seingat aku sekali sahaja masa kat sekolah. Tu pun sebab ada hal penting.. Ha arr laaa...Patut le..
(Hak ala... memalukan betul!).
Hmm... Aku ni kadang-kadang 'bengong' sikit. Time datang perangai 'penyegan' tahap tak 'hingat' tu, muka orang pun aku tak pandang.. Apa lagi nak menegur... Time datang perangai mesra rakyat tu, lebih daripada wakil rakyat tahap menegur-negurnya... Alamak..! Buang tebiat la pulak aku hari ni.. Maklumlah mood exam.. kadang-kadang proses pencernaan otak ni macam tersumbat sikit.. Tu la yang keluar perangai pelik-pelik ni... Hu!Hu! Lain kali tak nak buat dah....!
Okeylah.. Aku rasa dah tiba masanya untuk aku shut down laptop ni... Sepatutnya aku dah kena mulakan sesi study maut untuk hari ini memandangkan esoklah paper yang paling susah aku akan hadapi.. Siap kena buat lesson plan lagi..
OK guys!! Doakan kejayaan aku... Kejayaan yang diberkati...
Chow!!
(Eh..kenapa aku tengok bantal aku tu macam melambai-lambai je kat aku..?)